Novel? Bukan Hanya Untuk Perempuan
Apa SATU perkara yang menggembirakan korang hari ni? Tulis kat sini :-D
Kalau ditanya sejak bila aku mula menjebakkan diri dalam dunia membaca novel ni? Rasanya masa cuti akhir tahun masa aku tingkatan 2 kot. Sebelum tu minda aku memang sempit, aku bila tengok novel ‘oh perempuan’ tu je ayat yang kalau tak terkeluar dari mulut aku pun itulah jugak yang akan bermain dalam fikiran aku sebab apa? Sebab yang janya aku tahu novel yang terdapat dalam dunia ni hanyalah novel yang pesimis mengenai CINTA. Macam mana aku boleh ‘ter’ baca novel? haha…
Ceritanya berbunyi begini, masa tu cuti akhir tahun. Disebabkan aku ada ramai kakak,cuti sekolah dihabiskan dirumah kakak aku di Muadzam Shah, Pahang. Kakak aku masa tu baru sahaja bekerja sebagai jururawat masyarakat. So spending time there amatlah boring sebab mula-mula tu I’ve no friends at all. Hanya ada anak saudara aku je masa tu. Jiran-jiran masih lagi aku tak kenal. (sebab aku memang ada masalah dalam nak mulakan sesebuah perkenalan) ((that’s why ramai yang tak kenal aku said yang aku ni poyo, sombong, plus aku pakai spek warna putih lagi lah orang kata aku kerek))

Masa tu, kakak aku memang gila novel__novel cinta! sebelum ni,aku bila tengok buku tebal (novel)-Omo! tebal giler,sape yang boleh habiskan novel ni memang siotlah! itu dulu. Nak dijadikan cerita, masa tu memang boring tahap gaban. Ya Allah, boleh korang bayangkan tak? duduk rumah,terperap, tak keluar gi mana2 sebaba kena jaga anak buah then masa tu mana ada internet macam sekarang ni. Sangatlah boh-san. Aku pun terbukaklah almari koleksi novel kakak aku masa tu. Aku tengok satu novel yang bertajuk Bicara Hati oleh Damya Hanna.

Aku ingat lagi sampai sekarang. Lepas pada tu, baru aku tahu yang membaca novel jugak one of the perkara yang addicted jugak. Aku baca lagi novel seterusnya hinggalah habis semua…dan cuba teka apa yang aku dapat? novel cinta-hiburan seketika. (jangan marah pulak peminat tegar novel alaf21) sehinggalah aku diperkenalkan dengan Novel Karya Ramli Awang Murshid (RAM) Aku mula menjauhi novel cinta. Aku mula membaca novel-novel yang lebih memberi ilmu atau membuka minda dan memberi pengajaran and now aku dah temui penerbit yang menerbitkan novel yang awesome!
JS SDN BHD-semua novel keluaran Jemari Seni SDN BHD good enough (but some of it might not as I said) aku mula baca novel JS yang bertajuk Jaja Dan Din by Noor Suraya. Yang ni memang masyuk. Siapa yang tak baca lagi sila2 lah..lagi penulis yang best Hlovate, semua novel dia best2..Versus,Aa+Bb, Rooftop Rant semua best..Syud pun ok, aku masih lagi mencari novel tulisan Syud yang bertajuk Baju Melayu Hijau Serindit…insya-Allah aku akan dapatkan!

So, that’s all. Novel bukan hanya untuk perempuan. Amalkan sikap membaca kepada anak-anak kita (kalau tak de anak lagi-bakal anak) atau generasi akan datang kerana minda orang yang berilmu datangnya dengan pembacaan and remember we are what we read..aku teringat kata-kata seorang sahabat (email sebenarnya)
“ membaca 10 kali sebuah novel lebih baik dari membaca 10 buah novel”
Jom Chat
Related posts:
- >1 Perempuan dan 4 Lelaki
- >MELAYU HANYA KAYA DALAM DRAMA…
- >Nak Jadi Kaya Bukan Senang !!
- Kalaulah Kita Ni Lahir Dalam Keluarga Bukan Islam..
- >PRODUK UNTUK PUTIHKAN KULIT..TERLARIS!!!!
Apa SATU perkara yang menggembirakan korang hari ni? Tulis kat sini :-D

29 Comments
erk, mish dh lama stop novel cinta, skang mish baca novel RAM dan thriller2 je. syok!!hehehee
mish recently posted..Komen Tak Pikir Panjang.
[Balas]
tauke budu Reply:
May 25th, 2011 at 1:45 am
tahu tak pe mish…lagi masyuk layan novel thriller
[Balas]
really sorry for not introduce you to the hlovate till u found it by urself fter blogwalking. really sorry okeyy.. huhu.
Yana recently posted..Belajar LAGI?
[Balas]
tauke budu Reply:
May 25th, 2011 at 11:34 am
haha it’s ok….
[Balas]
lek ah. along lyn novel gak. haha. tp hlovate ngan ramlee awang murshid je. hehehe
[Balas]
tauke budu Reply:
May 25th, 2011 at 11:34 am
hlovate mmg best…..Novel terbaru ram kurang mantap sikit
[Balas]
Org lelaki pun baca novel la..aku pun baca gak…masa sekolah rendah darjah dua baca novel penyiasatan, hardy boys la, nancy drew..bila dah besar baca novel thriller, ramlee awang mursyid, pastu novel ada ciri2 sejarah sikit abd talib hassan, abd rahim awang…
f@dzliamir recently posted..Dusun Durian
[Balas]
tauke budu Reply:
May 25th, 2011 at 12:52 pm
cayalah….anak haji amir
[Balas]
Saya pun peminat Novel walaupun LELAKI..hehe.
Dengan baca novel ni, kadang2 boleh release tension tapi yg paling saya suka baca novel sherlock holmes dan harry potter..ada sesapa yg minat sama dengan saya..=)
BroZooL recently posted..Panggil Semula Email Outlook Yang Dihantar
[Balas]
tauke budu Reply:
May 25th, 2011 at 9:55 pm
harry potter suka tgk citer dia je…
haha,,,bagus2 teruskan membaca,..
[Balas]
pakwe saya tak suka baca novel dan tak berapa suka kalau saya suka baca novel sebab kalau gado, mesti keluar ayat2 jiwang macam dalam novel. hahaha
noor fatin recently posted..TIME BULAN PUASA JANGAN BUAT POST MACAM NI!
[Balas]
tauke budu Reply:
May 25th, 2011 at 9:55 pm
haha..ni kes terpengaruh dgn novel lah ni…
haha,,,,
[Balas]
harry potter best! aku ada koleksi.. cuma yg ke berapa ntah tak dpt cari lagi. hehe.
[Balas]
tauke budu Reply:
May 26th, 2011 at 11:22 am
haha..kena cari la tuh
[Balas]
dok tgh cari laa. duit pun tgh cari gakk.. dah la novel harry potter mahal-mahal belaka. pokai laaa aku lepas ni. kebosanan kt rumah weyhh!!!! huhuhu
Yana recently posted..Cinta Manusia atau Cinta ALLAH?
[Balas]
tauke budu Reply:
May 26th, 2011 at 4:14 pm
aku peninglah baca buku dia…bukan terro bi sgt..
kalau baca yg diterjemahkan amatlah kelako
[Balas]
masa tu lah nk bljr english. versi bahasa melayu okey saja le.
Yana recently posted..Cinta Manusia atau Cinta ALLAH?
[Balas]
tauke budu Reply:
May 27th, 2011 at 11:51 am
haha….ntah…tak suka sgt…
[Balas]
aku da katammmm semua novel tuu
maaaaaasyukkkk !!!
[Balas]
tauke budu Reply:
May 27th, 2011 at 11:51 am
fuh cayalah zaw…kau memang terror…terbaik
[Balas]
Haha Hoho Hehe.. Dulu semua ex aku pelik, aku bca novel.. kang bakal bini aku pula xtau ckp apa.. har3x~
[Balas]
tauke budu Reply:
May 27th, 2011 at 11:50 am
hahaha…ceh ex tu….
[Balas]
semua kat atas tu keen dah baca.. besttttttttt~~ ^_^
skrg masih menanti novel syud yg baru, baju hijau t.. bila nk keluar..
emmm.. bila la novel baru hlovate nk keluar.. uhuk2~ T_T
oh ye azmi.. cuba baca novel “Bumi Cinta” oleh habiburrahman.. best tauuu~ ^_^
keen~ recently posted...: mana yang original kalau asyik meniru?? :.
[Balas]
tauke budu Reply:
May 27th, 2011 at 11:49 am
kuna naju hijau serindit tu dah keluar ke??
bumi cinta? erm nanti azmi cari..haha….
[Balas]
dah keluar ke novel baju melayu hijau serindit tu dah keluar ke?? =.=
keen~ recently posted...: mana yang original kalau asyik meniru?? :.
[Balas]
tauke budu Reply:
May 27th, 2011 at 2:06 pm
dah keluar lah keen….aritu azmi ada nampak org baca…kat kelantan tak de lagi…
[Balas]
keen xjumpa pon kt nilai ngan kemaman ni.. waaaaaaaaaa~ xkn nk gi KL, baru jumpa?? T_T
keen~ recently posted...: learn something from immigrants.. :.
[Balas]
tauke budu Reply:
May 28th, 2011 at 2:21 pm
haha beli online je la keen…bukak laman web js…
azmi nak try cari kat melaka..hari tu azmi nak pergi pulau pangkor, masa nak tunggu feri nampak ada sorang pompuan duk baca novel tu…
[Balas]