Travel - Tips - Info

Apa Itu Program 1Malaysia 1 Berat Unggul Di Pulau Pinang?

Oleh: tauke budu
27/02/2012

Apa SATU perkara yang menggembirakan korang hari ni? Tulis kat sini :-D

Program ini hanya dijalankan di Pulau Pinang setakat ini di mana ianya bertujuan untuk membantu golongan yang mempunyai berat badan yang melampau dalam masa setahun, program ini akan dijalankan dalam masa setahun di mana peserta akan dilatih dan diberi info kesihatan dan latihan bagi menurunkan berat badan mereka.

Orang ramai boleh mendaftar di Pejabat Kesihatan Negeri. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan menaga kesihatan dan cara mengekalkan berat badan yang ideal.

GEORGE TOWN – Orang ramai yang berminat untuk menurunkan berat badan boleh mendaftarkan diri dalam program 1Malaysia 1 Berat Unggul anjuran Jabatan Kesihatan Negeri mulai hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Norlia Yahya berkata program selama setahun itu turut menjadi pemangkin untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang berpunca dari obesiti.

“Dalam tempoh setahun, peserta program akan melalui tiga fasa iaitu bermula dengan peringkat saringan kesihatan, modul teori serta fizikal dan fasa penilaian di pusat komuniti masing-masing,” katanya kepada pemberita di Kompleks Rukun Tetangga, Jalan Kedah di sini hari ini selepas melancarkan program tersebut.

Beliau berkata sebagai langkah awal, program itu akan dikendalikan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Macalister dan menyasarkan penduduk yang tinggal di sekitar Daerah Timur Laut.

“Program ini akan diperluaskan ke daerah lain bergantung pada sambutan yang kita terima,” katanya.

Dr Norlia berkata sebuah klinik mini akan dibuka pada setiap hari Sabtu di setiap pusat komuniti terpilih bagi memudahkan pemantauan peserta program itu.

Beliau berkata antara pengisian program tersebut adalah senam aerobik, senaman taichi, ceramah, pameran, demonstrasi amalan penjagaan kesihatan dan pertandingan sukan.

Katanya peserta program yang berjaya mencapai berat badan ideal dalam tempoh setahun layak menerima sijil pengiktirafan dan saguhati dari jabatan itu.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan urusan pendaftaran, orang ramai boleh ke kaunter informasi Klinik Kesihatan, Jalan Macalister. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Chat

Related posts:

  1. >Pesta Pulau Pinang 2010 | Jom Pi Penang
  2. >Siapa bulan puasa ni berat badan dia naik??
  3. Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Bakal Perkenal Skim Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
  4. >Aku Dah Cakap, Mulut Aku Non-Stop Action
  5. Ujian Lesen Memandu Kini Guna Transmisi Auto

Apa SATU perkara yang menggembirakan korang hari ni? Tulis kat sini :-D

Tags: , , , ,

Category: Isu Semasa | RSS 2.0 | Give a Comment | trackback

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge